Rabu, 4 Disember 2019

kemunculan golongan baharu dalam masyarakat islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin

Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat islam pada zaman Khulafa al-Rasyidin


PENGENALAN
- Nabi Muhammad saw diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran islam.

- Selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi, & sosial umat islam yg membawa kepada perkembangan budaya & masyarakat Islam yg terdiri drpd pelbagai bangsa & keturunan.

- Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dlm sejarah umat Islam bermula drpd era Khulafa’al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.

ISI- ISI PENTING : 

1) Orang Arab
  •  Terdiri drpd orang Arab Utara & Arab Selatan.
  •  Rasulullah telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti kaum Muhajirin dan Ansar.
  •  Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy menerima islam & memberi sumbangan yg besar kepada Negara islam.
  • Di zaman Khalifah Ar-Rasyidin, org Arab Madinah & Arab Quraisy merupakan golongan yg penting membantu pentadbiran Negara.
  • Khalifah Abu Bakar : khalid al-walid dan Amru al-as merupakan panglima perang yg Berjaya mengatasi golongan Ar-Riddah.
  • Khalifah Umar al-Khattab : melantik 6 org para sahabat spt Ali bin Abu Talib, Uthman Affan & Zubir bin Al awwam sbg ahli majlis syura.
  • Uthman bin affan : keluarga bani umaiyyah diberikan jawatan penting spt Marwan al Hakkam & muawiyyah bin abu sufyan sbg gabenor.

2) Golongan Ar-Riddah
  • Ia wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
  • Mereka terdiri drpd 3 golongan iaitu :
a] Golongan yg enggan membayar zakat
  •   Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yg hanya dibayar kpd nabi Muhammad. Mereka terdiri drpd penduduk Bahrain, Yamamah dan Hirah.
b) Golongan nabi palsu dan pengikutnya
  • Nabi palsu ini spt Sajah & Musailammah al Kazab merupakan nabi palsu yg berpengaruh. Mereka mendakwa menerima wahyu. Tujuannya utk mendapatkan pengaruh & kepentingan peribadi. 
c) Golongan murtad
  • Terdiri drpd kabilah Arab yg menerima islam dgn tujuan mendapatkan perlindungan politik drpd Negara islam. Setelah nabi wafat, mereka kembali semula ke amalan jahiliah.
  • Abu bakar mengambil tindakan dgn menghantar pendakwah supaya mereka kembali kpd ajaran islam. 
  • Pasukan tentera islam telah Berjaya mengalahkan golongan ini & mereka kembali semula kpd ajaran islam.
3) Golongan Ahl-Al-Ayyam
  • Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al-Khattab. Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria, & Mesir. Orang Arab yg menyertai pasukan tentera membuka & menetap di wilayah tersebut dikenali sbg golongan ini terutamanya bekas golongan murtad.
  • Terdiri drpd suku Arab yg kecil spt suku Syaiban & bekas golongan murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir lading & tanah di wilayah Iraq & memungut cukai sbg mengenang jasa mereka dlm pentadbiran.
  • Zaman Khalifah Umar al-Khattab, terdapat lebih kurang 12000 org. Pemimpin mereka ialah Al-Ashtar, Malik al-Harith & Hujar al-Kindi.
4) Golongan Al- Qurra
  • Berasal drpd golongan ahl al ayyam yg diberikan amanah utk menguruskan tanah di Iraq
  • Mereka menggelar diri mereka sbg al-Qurra bagi menjaga status & membezakan drpd golongan ahl al ayyam yg lain terutama bekas golongan murtad.
  • Di zaman khalifah uthman, sebahagian besar mereka memberontak kerana pengambilan kuasa pentadbiran.
  • Tanah & cukai di wilayah Iraq oleh Bani Umaiyah. 
  • Golongan ini bertanggungjwb menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
  • Mereka memberikan sokongan yg kuat kpd Khalifah Ali terutamanya Perang Jamal & Perang Siffin.
5) Golongan Khawarij 
  • Mereka terdiri drpd bekas penyokong Khalifah Ali yg terlibat dlm Perang Jamal & Perang Siffin.
  • Mereka tidak bersetuju dgn tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dgn tentera Muawiyyah dlm Perang Siffin & rundingan Majlis Tahkim.
  • Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka sbg golongan Khawarij.
  • Mereka berpendapat perpecahan sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru al-As.
  • Mereka melancarkan gerakan utk membunuh ketiga pemimpin tersebut.
  • Mereka membunuh Khalifah Ali & melancarkan gerakan menentang Bani Umaiyyah.
6) Golongan Berkecuali
  • Terdiri daripada golongan yg tidak mahu terlibat dalam konflik antara Ali dan Muawiyyah
  • Mereka tinggal di Hijjaz.

7) Golongan Bukan Arab (‘Ajam)
  • Golongan Mawali.
  • Terdiri daripada orang bukan Arab.
  • Iaitu kaum parsi yg telah memeluk agama islam.
  • Kebanyakan mereka tinggal di Iraq.
  • Di zaman ini, mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
8) Golongan Bukan Islam
  • Terdiri daripada orang Arab & bukan Arab seperti kaum Yahudi, Qibti, Parsi.
  • Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.
  • Mereka menganuti agama Kristian, Yahudi, Majusi dan juga Nasrani.
  • Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yg adil drpd kerajaan islam dgn membayar cukai jizyah.   

KESIMPULAN
  • Nabi Muhammad saw berusaha membentuk masyarakat islam di makkah melalui dakwah.
  • Masyarakat islam di Madinah juga dibentuk melalui dakwah oleh golongan muhajirin dgn sokongan penduduk tempatan Madinah sendiri, iaitu golongan Ansar.   
  • Perkembangan masyarakat islam berlaku dgn pantas menerusi dakwah & penaklukan yg membawa kpd perkembangan ufuk pemikiran & kebudayaan.

14 ulasan: